Assalamualaikum.
Straight to the point je la ye..ni kisah wajah. Ada orang kata umur saya 21,22,23 tahun..alahaiii. Biar betul dik oi. Tak kan la akak ni tak ada rupa umur 27 kot...
Hmm..sampai hari ni tak ada lagi yang teka umur saya tepat..paling hampir pun 25. Ye..saya bersyukur sangat Allah kurniakan wajah yang muda dari usia sebenar. Bukan apa..ramai yang nak kenal dengan saya,semua pangkat adik. Jarak umur 5,6 tahun beza. Maybe you know what i mean...
Ok..sampai sini saja...good night guys!
Ahad, 18 Ogos 2013
Wajah
Isnin, 12 Ogos 2013
Raya raya raya!
Salam lebaran...
Dikesempatan ini saya menyusun 10 jari memohon seribu kemaafan atas segala salah dan silap yg saya telah lakukan dgn sengaja atau tidak, secara sedar atau tidak selama kita berkenalan... (walaupun tak ada siapa yg baca blog aku ni huhuhu).
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN~
Ok,ucapan ringkas dr saya...huhu.
Bila time raya ni lepaking bersama keluarga dan saudara mara...biasa lah,soalan favourite..."bila lagi nak kawin..".."kenapa kurus sangat ni?sakit ke?tak ada selera makan ke?" Dan tadi paj ngah saya 'tembak' saya dgn soalan.... "kurus sebab pendam hati ye..." aduss...tepat sekali tembakan itu. Apa nak jawab?saya senyum sajalah :-]
Hmm...entah la. Saya memang seorang yg tinggi metabolisma..cepat turun berat tapi susah nak tambah berat.Kalau tambah pun kene menten belasah makan 2 bulan..baru la naik, itu pun 2/3kg je. Bila saya aktifkan badan sampai berpeluh or tak makan nasi 2 hari je,saya boleh hilang 4-5kg berat badan. Hohoho...orang kata untung la slim sentiasa. Padahal dalam hati saya ni punya lah risau takut kene sakit anorexia..ya Allah, mintak simpang le.
Yg pasti orang tu la punca saya jadi begini...
Khamis, 8 Ogos 2013
Salam Aidilfitri
Tarikh - 1 Syawal 1434H
Masa - 00:43
Selamat Hari Raya Aidilfitri!!
Maaf zahir dan batin....
Sedar tak sedar kita dah pun habis sebulan berpuasa. Kejap sangat rasanya kan. Masa semakin pantas bergerak..Selama tempoh masa ni, mungkin saya ada terkasar bahasa atau perbuatan kepada orang2 di sekeliling saya..keluarga, teman2 rapat, rakan2 sekerja kini, kawan2 dari zaman sekolah rendah-menengah, kawan2 IKBN, UNISEL, rakan kerja di Alfa Book, The Store, Terajutama serta semua kawan2 yang mengenali diri saya dari Utara hingga ke Selatan tanah air serta Sabah dan Sarawak samada di alam realiti atau alam siber (FB, Tagged, Myspace, Friendster, Twitter, Line, WeChat,WhatsApp, Instragram etc.) -tak sangka aku ramai kawan rupanya huhuhu-
Mungkin saya pernah TERkasar bahasa pada kalian, TERguris hati perasaan kalian, TERambil atau TERmakan milik kalian, TERignore kalian tanpa saya sedari ( kawan2 alam siber le). Saya mohon seribu kemaafan atas segala kekhilafan diri selama kalian mengenai saya....
Saya sangat memohon ampun dan maaf...saya juga wanita biasa seperti kalian...
Selamat hari raya Aidilfitri.. (^___^)