Ahad, 30 November 2014

Teman

assalamualaikum
Kisah teman..
Mula berjumpa kerana kerja..
Mula mesra bila tinggal bersama..
Mula rapat saat susah dipikul bersama..
Tanpa ada rasa berkira..

Kenal mereka tidaklah lama..
Malah usia juga tidak serupa..
Ada kala terasa di jiwa..
Tapi mengapa sedih bila tahu mereka akan tiada?

Kerana rasa sayang terhadap kalian berdua....

Jumaat, 15 Ogos 2014

Tanda-tanda kematian

Tanda tanda 100 hari orang akan meninggal

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disadari oleh mereka yang dikehendakinya. Walau bagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma saja mereka sadar atau tidak. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti, kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.Tanda ini rasanya lezat dan bagi mereka yang sadar dan berdetik di hati bahwa mungkin ini adalah tanda mati, maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sadar akan kehadiran tanda ini.Bagi mereka yang tidak diberi kesadaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu saja tanpa sembarang manfaat.Bagi yang sadar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memanfaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

"TANDA 40 HARI SEBELUM MENINGGAL"

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut- denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mulai membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan- akan bingung seketika. Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

"TANDA 7 HARI SEBELUM MENINGGAL"

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan, secara tiba-tiba ia berselera untuk makan.

"TANDA 3 HARI SEBELUM MENINGGAL"

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan, maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan- lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bagian ujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan- lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

"TANDA 1 HARI SEBELUM MENINGGAL"

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang yaitu di kawasan ubun- ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

"TANDA AKHIR SEBELUM MENINGGAL"

Akan terjadi keadaan di mana kita akan merasakan sejuk di bagian pusat dan rasa itu akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah Syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula. 

Khamis, 10 Julai 2014

Amalan 1

Sebagai ingatan untuk diri sendiri dan anda juga. Jom sharing!



TAHUKAH ANDA.....

Doa duduk antara Sujud yang kita selalu baca laju2..
tahukah ...maksudnya??
Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku)
Warhamni (sayangi aku)
Wajburnii (Tutuplah aib-aibku)
Warfa’nii (Angkatlah darjatku)
Warzuqnii (Berilah aku rezeki)
Wahdinii (Berilah aku petunjuk)
Wa’Aafinii (Sihatkan aku)
Wa’fuannii (Maafkan aku)






Khamis, 24 April 2014

L E L A K I

Hai.Buat ape tu..
Dah makan?
Tak keluar ke?

Hmm..tu la ayat biasa start mesej kan. Dan tu la ayat yg sama saya terima daripada beberapa orang kenalan baru. Kalau ikutkan hati..malas dah nak kenal-kenal. Tapi fikirkan masa depan ku gagahi jua.
Bila dah berkenalan,macam-macam pulak ragamnya...hadoii.

Nak tau cerita tak? Tak nak tau pun saya nak cerita jugak...huhuhu

Ok, 1st en.26
Orangnya tinggi..boleh tahan la rupa n fizikal. Care memang care..tapi dia ni masih student. Saya boleh terima. Tapi sayang..bab agama tidak dijaga.
Dan dia juga seorang perokok. Paling saya tak tahan dengan dia ni ialah dia sangat suka mendesak.. Oh man! Please la...rimas kot orang duk push.
Jadi saya anggap awak sebagai kawan je ye..

2nd, en.35
Ha dia ni kacak. Berlesung pipit kanan kiri. I like! Body builder tapi tak la berketul macam Malek Noor dulu tu. Tinggi lebih kurang saya. Kerja tetap. Aset semua dah ada. Kiranya ekonomi dia stabil la. Agama nya saya tak pasti sejauh mana dia jaga. Tapi petunjuknya dia kurang menjaga hubungan bukan muhrim (dia cuba nak pegang tangan kite, tak suke la). Lagipun dia seorang perokok tegar. Hmm..tak sayang jantung ke diaorang ni?

3rd,en.27 (fireman)
Ok, dia ni kerja tetap..kenderaan dah ada. Rupa dan fizikal biasa2 tapi not bad la. Lebih tinggi dari saya. Bab agama dia tak menonjol sangat..mungkin biasa2 jugak. Care...jygak. Bukan perokok. Tapi suka push saya dalam diam. Hmm..macam mana nak cerita pun tak tau. Pendek ceritanya..saya tak berkenan dengan cara dia.
Maafkan saya...kita  kawan je ye...

4th,Mr.26
Dia ni pun kerja tetap. Ekonomi stabil. Orangnya tinggi & chubby sikit. Rupa boleh tahan,comel..hihi. Gayanya simple tapi menyenangkan hati. Pernah merokok tapi dah stop. Good!
Dan sebenarnya saya sangat suka dia kerana sebab yang satu ini.....agamanya. Dia sentiasa mengingatkan saya tentang solat. Alhamdulillah dia ni jenis yang rajin ke masjid/surau. Selama kenal dia ni (baru sebulan lbh je sebenarnya) dia tak pernah paksa saya walau apa pun. Dan dia seorang yang mengutamakan ibunya. Wah! Ni yang saya suka ni...huhu. Boleh kata dia ni calon terbaik la buat masa ni..hihihi.

Ok guys..itu dia calon2 yang terkini. Korang rasa macam mana? Hihihi..

Setiap orang tu memang ada kelemahan dan kelebihan. Kita tak akan jumpa kesempurnaan dalam diri kita mahupun orang lain. Seboleh-bolehnya memang la kita nak yang terbaik..kan! Namun Allah dah tetapkan siapa jodoh kita dan seharusnya kita terima pasangan kita tu seadanya. Ada kekurangan dia yang akan dilengkapkan oleh kita.

Rancangan Allah tu yang paling sempurna dan terbaik untuk kita. Maka kita sebagai hambaNya patut redha dan terima dengan hati yang ikhlas...betul tak?

Andai ditakdirkan jodoh aku dengan seseorang yang banyak kekurangannya...insha Allah aku terima seadanya dan sama-sama cuba memperbaiki kelemahan diri masing-masing...amin ya Rabbal 'alamin.

KataHati : Pesanan buat diri sendiri...perbaiki la kemalasan dirimu itu..hadoinya la pun!

Sabtu, 8 Februari 2014

Feeling

Salam.
Ok dh lama sgt tak post. Dah naik berabok chenta saya ni..alo lololoo...
Actually tak ada story pun nak share.
Life? Ok je..macam biasa..nothing special. Sibuk dengan keje and rutin harian. Kadang2 boring juga..

Kadang2..rindu...
Kadang2..sayu...
Kadang2..rasa ingin dimanja..
Kadang2..rasa ingin putar kembali masa ...

Tapi hidup tetap perlu diteruskan..
Masa tak pernah tunggu kita..
Inilah lumrah hidup manusia..
Walau apa pun yang terjadi..mahu atau tidak..kita tetap kene terima ketentuanNya..itu rukun Islam kita..qada' dan qadar...

Rabu, 22 Januari 2014

Januari 2014

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh.
Alhamdulillah kita masih bernafas dan bahagia bersama keluarga tersayang di tahun baru 2014 / 1435H ni.

Tahun sebelumnya pelbagai dugaan,cabaran dan kejayaan yg telah kita lalui. Andai ada kegagalan pada tahun 2013/1434H, jadikannya sebagai motivasi untuk kita perbaiki di tahun baru ini. Moga ia menjadi pengajaran buat diri kita. Belajar dari pengalaman adalah ilmu terbaik.

Saya juga punya azam bagi tahun baru ini. Azam tahun sebelumnya ada yg tercapai [alhamdulillah] dan ada juga yg terbengkalai[subhanallah]. Tak apa..insha Allah tahun ini saya akan cuba laksanakan apa yg saya azamkan [kena kawal 9 nafsu ni dengan 1 akal] demi masa di dunia dan akhirat...

Saya juga mengharapkan yg terbaik buat diri saya untuk tahun baru ini...
Awak awak awak....doakan saya ye :D

|hari ni dah 23hb baru nak conteng ucap2 & selamat ye|

Korang! Selamat tahun baru~ <3