Dia...bahagia...
Sudah2 la...lupakan dia. Kalau nk tunggu sampai bila? Dia tak kan kembali..sudah la..buangkan semua kenangan tu. Move on! Insha Allah kau akan jumpa yg lebih baik dari dia..percayalah.
Selasa, 10 Disember 2013
Dia...
Sabtu, 23 November 2013
I'm not in the mood
Salam...
Hm..aku tak tahu kenapa aku rasa sedih sangat malam ni sampai menangis.. Sebab Mr.Nouvo ke? Sebab lelaki ke? Atau sebab mengenang diri sendiri? Tah la..tapi rasanya lebih sebab mengenang diri sendiri ni...
Berapa kali harus begini? Bila aku cuba buka hati..cuba berkawan..ini pulak yg aku dapat..dipermainkan. Aku tak nak lagi rasa kecewa tu..tapi jadi juga. Ya Allah...aku masih diuji rupanya. Cukuplah..baik aku kunci je hati ni sampai bila2. Kita cuba tanam rasa percaya tapi dipergunakan. Kita cuba siramkan rasa kasih..tapi diracuni. Apakah makna semua ini??
ya Allah..kuatkanlah hatiku...
Sabtu, 2 November 2013
Sepi
Assalamualaikum.
Lamanya tak update chenta ni...
Kekangan masa untuk meninggalkan coretan di sini..
Ada story..tapi nanti la aku update. Buat masa ni aku just nak share some photos dengan korang...
Anak-anak saya...hehe.
Ok bai.
Ahad, 1 September 2013
Serupa tapi tak sama la...
Hey Sunday Morning!
Pagi yg mendung sejuk2 je ni..hehe.
Ok..nak story pasal hari tu. Kan saya pernah story pasal some guy yg sama sangat macam dia kan. Saya jumpa lagi satu persamaan..guy ni pun KIDAL!! Ya Allah...guy ni sangat mengingatkan saya pada dia..dah la muka nak sama, cara cakap sama, berlesung pipit pun sama..ni kidal pulak. Beza nye guy ni tinggi,kurus n cerah sikit dr dia. Dia badan sasa, tinggi sikit dari saya n kulit melayu biasa. Alahai...nasib baik guy ni dah berpunya..kalau tak saya angkat jadi adik...sebab dia lagi muda dari saya...hahaha..
KataHati: imysdm!!
Ahad, 18 Ogos 2013
Wajah
Assalamualaikum.
Straight to the point je la ye..ni kisah wajah. Ada orang kata umur saya 21,22,23 tahun..alahaiii. Biar betul dik oi. Tak kan la akak ni tak ada rupa umur 27 kot...
Hmm..sampai hari ni tak ada lagi yang teka umur saya tepat..paling hampir pun 25. Ye..saya bersyukur sangat Allah kurniakan wajah yang muda dari usia sebenar. Bukan apa..ramai yang nak kenal dengan saya,semua pangkat adik. Jarak umur 5,6 tahun beza. Maybe you know what i mean...
Ok..sampai sini saja...good night guys!
Isnin, 12 Ogos 2013
Raya raya raya!
Salam lebaran...
Dikesempatan ini saya menyusun 10 jari memohon seribu kemaafan atas segala salah dan silap yg saya telah lakukan dgn sengaja atau tidak, secara sedar atau tidak selama kita berkenalan... (walaupun tak ada siapa yg baca blog aku ni huhuhu).
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN~
Ok,ucapan ringkas dr saya...huhu.
Bila time raya ni lepaking bersama keluarga dan saudara mara...biasa lah,soalan favourite..."bila lagi nak kawin..".."kenapa kurus sangat ni?sakit ke?tak ada selera makan ke?" Dan tadi paj ngah saya 'tembak' saya dgn soalan.... "kurus sebab pendam hati ye..." aduss...tepat sekali tembakan itu. Apa nak jawab?saya senyum sajalah :-]
Hmm...entah la. Saya memang seorang yg tinggi metabolisma..cepat turun berat tapi susah nak tambah berat.Kalau tambah pun kene menten belasah makan 2 bulan..baru la naik, itu pun 2/3kg je. Bila saya aktifkan badan sampai berpeluh or tak makan nasi 2 hari je,saya boleh hilang 4-5kg berat badan. Hohoho...orang kata untung la slim sentiasa. Padahal dalam hati saya ni punya lah risau takut kene sakit anorexia..ya Allah, mintak simpang le.
Yg pasti orang tu la punca saya jadi begini...
Khamis, 8 Ogos 2013
Salam Aidilfitri
Tarikh - 1 Syawal 1434H
Masa - 00:43
Selamat Hari Raya Aidilfitri!!
Maaf zahir dan batin....
Sedar tak sedar kita dah pun habis sebulan berpuasa. Kejap sangat rasanya kan. Masa semakin pantas bergerak..Selama tempoh masa ni, mungkin saya ada terkasar bahasa atau perbuatan kepada orang2 di sekeliling saya..keluarga, teman2 rapat, rakan2 sekerja kini, kawan2 dari zaman sekolah rendah-menengah, kawan2 IKBN, UNISEL, rakan kerja di Alfa Book, The Store, Terajutama serta semua kawan2 yang mengenali diri saya dari Utara hingga ke Selatan tanah air serta Sabah dan Sarawak samada di alam realiti atau alam siber (FB, Tagged, Myspace, Friendster, Twitter, Line, WeChat,WhatsApp, Instragram etc.) -tak sangka aku ramai kawan rupanya huhuhu-
Mungkin saya pernah TERkasar bahasa pada kalian, TERguris hati perasaan kalian, TERambil atau TERmakan milik kalian, TERignore kalian tanpa saya sedari ( kawan2 alam siber le). Saya mohon seribu kemaafan atas segala kekhilafan diri selama kalian mengenai saya....
Saya sangat memohon ampun dan maaf...saya juga wanita biasa seperti kalian...
Selamat hari raya Aidilfitri.. (^___^)
Isnin, 5 Ogos 2013
Minpi petang-petang hari
Salam ramadhan...
Hari ni dh 26 Ramadhan..insha Allah 2 hari lagi dah Syawal. Cepat sungguh masa berlalu kan. Amalan aku di bulan mulia ni masih kurang sangat rasanya. Moga Syawal tahun ni lebih bermakna ..
Ok, back to the story. Tengok title entri pun dah tau kan. Iye...kesahnya aku terrrrtidur petang tadi. Dan terrrmimpi.... Mimpi tu macam kalut sikit...dalam suasana yang kelam kabut tu, tiba-tiba datang seorang jurukamera --biasa je orangnya-- yang diminati ramai. Heran jugak..apasal mamat ni ramai peminat?? Padahal tak hensem pun..Tiba-tiba dia senyum kat aku dan....terlihat lah aku akan lesung pipitnya yang dalam di sebelah kiri pipinya.. --macam sama je dgn aku-- cute jugak la Kalau aku pandai lukis..memang aku dah lukis rupa mamat tu...huhu. Suka...saya suka saya suka!
Ok itu je citanya...ok good night guys..
Ahad, 28 Julai 2013
Adik-adik...
Op3...jangan tido lagi..saya baru je nak tekan2 keyboard ni tau...Good night la sebab memang dah night sangat ni...hehehe!
Saya nak story sikit pasal adik-adik yang saya kenal...
Lately saya ada la kenal beberapa orang lelaki tapi semua pangkat adik-adik je...umur baru 19, 21,22...
Ada yang student ada yang dah kerja..sorang orang Kedah, 2 orang lagi memang orang Perak..character memang tak sama langsung diorang ni. Satu benda je yang sama... diaorang suka pesan kat saya macam ni..
"Good nite kak...jangan lupa basuh kaki, baca doa tido ok".
Hey..akak ni dah 27 tau...bukan 7 tahun! Pelik sungguh dengan adik-adik ni tau...suka betul pesan saya macam tu. Mesti diaorang ni anggap saya lagi muda dari diaorang..hishh tak patut betul tau.
Lepas tu suka macam nak marah bila saya cakap, "nanti akak makan.nak buat kerja jap". Diaorang mula la balas, "kak pegi makan sekarang". Ishh,siapa adik siapa kakak sekarang ni? Suka betul layan saya macam budak kecil..Sabo je la adik-adik ni...
TERFIKIR : Saya ni nampak macam budak-budak ke??
Isnin, 22 Julai 2013
Talking
Hi there,
Everybody love to talk..they talk all things that they like to tell out..talk about their life, interest, day activities and more. Sometimes they talk about people around them..good things and bad things...more and more..hurmm.
Hey guys..don't you feel tired to talk and talk again?? When will you stop to talk about useless things?
Now, silent and think. What a good speech i've told to others? Am I hurts someone else when I keep talking? Are they like to listen what i'm talking about?
Think about it. Think before you talking...
Sometimes...quite is the best way for our self.
Sometimes...there's something that no need to tell.
Salam Ramadhan al-mubarak :)
Khamis, 18 Julai 2013
Kebetulan atau petanda??
Salam Ramadhan almubarak!
Hari ni dh masuk 9 Ramadhan 1434H.
Tapi saya awal2 dah dapat ABC...hehehe..
Ok..sebenarnya saya pelik. Selalu terjadi dan saya selalu fikirkannya.
Jam 23:07 tadi saya tengah leka buat kerja tiba2 rasa kecut perut..nerves semacam. 'Apasal pula ni...haishh...takkan la kot....'
Jam 23:17 saya terima call dari dia...tapi saya tak sempat nak jawab sudahnya kami msg je.. See..dah kata dah...mesti sebab dia.
Macam tu la tiap kali sebelum dia call or text me.. Kebetulan ke? Atau memang petanda Allah macam tu??
Tah la...saya memang tau kenapa...
KataHati : See...dah start rindu dia lagi...hmmm
Sabtu, 6 Julai 2013
Seadanya....
Assalamualaikum dan selamat pagi!
Pagi ceria bagi aku hari ni sebab bangun pagi kt umah mak abah..huhuhu lama sangat rasanya tak bercuti kat umah mak abah.
Ok..jap lagi nak masak ketam lemak cili padi, sambal tumis udang and sotong goreng tepung..haa..ni semua hasil laut Pangkor. Hehehe tak rugi jugak la seminggu aku keje kat Pangkor nun.. ^___^
Ok tu satu cerita. Ni satu lagi story.
Aku ada la seorang adik angkat ni [tak declair pun as adk angkat sebenarnya]. Umurnya 22 tahun keje kat kedai jam. Kenal pun kat wechat je. Tapi macam mana tah kami boleh jadi rapat. Aku memang anggap dia adik je dari mula lagi. Orangnya boleh tahan la..kawan2 aku cakap dia hensem sangat..tapi aku tengok biasa je la. Aku selalu jugak la keluar makan dengan adik aku ni dan selalunya aku pakai simple je la.
One day nak keluar dengan adik ni, roomate aku tegur aku suruh aku pakai cantik2,make up nak keluar. Dia cakap biar orang terpikat.
Hmm..bukan aku tak boleh berhias tapi tak nak. Sebab aku nak cari orang yang boleh terima diri aku seadanya. Diri aku yang ori tanpa selindung apa2. Kalau orang tak boleh terima aku yang sekarang, macam mana dia nak terima aku yang dulu? Yang lagi teruk dari sekarang.
Kalau betul ikhlas nak aku mesti orang tu tak kisah rupa aku macam mana...kan.
Ada masa aku berhias la jugak..tapi rasanya sama je kot aku make up ke tak..huhuhu...
Wahai adam2 di luar sana..pandanglah wanita itu dari 4 perkara:
1) Agamanya
2) Keluarganya
3) Hartanya
4) Rupa parasnya
PesanMemesan : Aku wanita biasa...
Rabu, 3 Julai 2013
Bergelora
Hi there!
Hari ni dh 3 hari aku ulang alik gi keje naik feri...seminggu ni je aku ke pulau gantikan orang yg cuti bersalin..
Ok la kat sana. Not bad..yg bestnya aku dapat beli ikan fresh! Huishh geram betol tengok ikan udang ketam nya...rasa nak beli semua..huhu..
Environment pun nyaman je..orang2 kt sana pun tak ada la sombong..the 'client' pun sweet2 je..
Cuma...seminggu ni terpakse la bangun awal subuh 5pagi...huhu.sebab feri gerak 7.15 tp before 7 nak kene standby dh..takut berebut plak..weh...ingat LRT KTM MONOREL je ke org rebut...feri pun tau.
Ape pun semua ni kerana tugas..jalankan tanggugjawab babe! :-D
Sabtu, 29 Jun 2013
Senyuman itu..
Morning morning glory... :-)
Pagi yg cerah..menceriakan hariku..
kicauan burung yg merdu menerpa telingaku..
Sapaan angin sepoi-sepoi bahasa mendamaikan sanubariku...
dan kemesraan senyuman manismu...sentiasa menumbuhkan rasa cinta dihatiku dan jiwaku..
Hanya kamu....
Ok..tu ayat jiwang angin untuk hari ni..huhuhu
Bukan apa..bila hati rindu 'hatiku' memang jadi lagu tu ^__^
Cenggini citernye...kat sekolah aku sekarang ni ada cikgu praktikal.Ada lelaki ada perempuan. Lelaki 4 orang perempuan 3 orang. Tapi semua umur dorang semua bawah 24. Seoarang lelaki tu kalau senyum.....ya Allah...sebijik sedebuk macam 'dia'. Aduhai...memang buat hati aku tak keruan rindukan 'dia'. Sama sangat! Cuma beza nya mamat ni tinggi beno..kulit cerah lagi dari 'dia'. Hmm..ni dh seminggu tak jumpa mamat tu..lagi la aku rindu nak tengok dia.
Aku tak ada taruh hati pun kat mamat tu cuma aku sentiasa rasa nak tengok dia senyum..hmmm
"Ya Allah..sampaikanlah rasa rindu ku ini pada 'nya'...sesungguhnya,hanya Engkau mengerti isi hatiku..."
Isnin, 24 Jun 2013
Berdating
Hai...
Last week was my busy week..so tired..hmm.
Tapi hilang terbang semua penat bila dapat berdating dengan mereka...sangat menyenangkan hati saya...alahaiiiii....
Selasa, 18 Jun 2013
Mimpi...khayalan atau petanda??
Assalamualaikum...
Malam ni aku nak share sikit tentang mimpi. Memang la selalu mimpi tapi kadang-kadang mimpi tu aku rasa sesuatu yg nyata..tah la.
Ok kesah mimpi nye ada banyak episod..hehe.Tapi malam ni aku share the latest one la..
17hb Jun 2013
0500H
Aku pakai baju pengantin warna peach..dia pun pakai baju pengantin lelaki warna peach. Kami tengah siap2 untuk kenduri sambut menantu kat umah family dia.
Muka dia sangat tenang..macam muka orang yg kecewa tapi redha..
Dalam mimpi tu aku rasa pelik sebab tak tahu bila kami nikah tetiba dah kenduri sambut menantu. Aku dengar kakak and adik dia sembang depan aku..dorang cakap dia kecewa sangat pasangan dia buat dia macam tu..dia dah tak nak fikir pape sebab tu dia cari aku balik sebab dia kata aku je boleh terima dia seadanye...aku dengar je apa dorang cakap.tak menyampuk pape. Aku asyik fikir bila kami nikah and betul ke dia cari aku balik. Tapi aku tak bantah bila dia suruh aku pakai baju pengantin tu...pelik la.
Ok..itu la mimpi aku yg terkini. Aku terjaga and mimpi tu ter'cut' jam 5pagi. Aku yakin aku mimpi tu di antara jam 3-5pagi sebab jam 12 lebih aku terjaga tapi belom mimpi pape lagi time tu..huhu
Persoalan nye...mimpi tu kebetulan@khayalan@petanda???
Jumaat, 7 Jun 2013
Cuti holiday!
Assalamualaikum.
Wahh..lama betul tak update blog ni. Bukan apa...masa untuk berblog ni tercuri buat benda lain...hehe.
Ok, cerita nye tentang cuti sekolah.
Jumaat 24 Mei 2013 (wesak day)
Pepagi hari dah gerak ke KL. Menumpangkan diri di rumah cik Suhada kat Wangsa Maju. Ok la,selalu kalau gi KL pun memang tumpang umah dia. 3 hari 2 malam duk sana...pegi Pavillion, Festival KL, Jln TAR, Putrajaya Alamanda. Tu je..cuci mata je...
Isnin 27 Mei 2013
Rehat je kat rumah (Ipoh).
Rabu- Jumaat
Kerja....
Tapi petang Jumaat ada buat job photography untuk nikah kakak kpd kawan aku... |saya ini amatur sahaja|
Sabtu 1 Jun 2013
Kerja...tapi partime. Jurunikah...eh bukan! Jurufoto...untuk orang yang nikah semalam la. Aku klik2 untuk sanding(sampai jam 3 ptg) & outdoor (5-7.30mlm)
Penat la jugak...aku ni jarang sangat buat partime ni..bila ada permintaan je baru aku buat. Nanti aku upload kan a few of the photos.
Malam tu jugak aku gerak balik ipoh..sebab esoknye pepagi dh nk gerak pi Kedah.
Ahad 2 Jun 2013
Tepat 8.30pg aku dah gerak ke Sg. Petani Utara. Tunggu puan Najihah Ismail untuk ke majlis Puan Zowiyah di Kuala Ketil. Majlis Zowi&Saiful Azmi. Beliau sangat cantik! Syok jugak dapat jumpa kawan Ikbn yang lain...
Petang tu otw nak balik Ipoh....punya la jem ya Rabbi....dari Juru sampai Ipoh meter aku 20-40km/h je. Adoii...patutnya 2 jam jadi 5 jam lebih. Memang nak kejang kaki aku kiri kanan.
Selasa 4 Jun 2013
Lepas Asar aku gerak je Meru, Klang dgn mak & adik aku. Pegi rumah kakak sedare sebab nya pagi esok (5 Jun) adik aku ada interview kat Shah Alam.
Hari ni (Jumaat 7 Jun 2013)
Tengah tunggu cik Zaty n abang n kak ipar dia ambil aku kat rumah sewa ni...untuk ke Sepang. Aku temankan Zaty nak hantar abang dia naik flight balik Sabah. Esok kot baru balik sini.
So..cuti aku ni sebenarnya banyak atas highway je...hahaha. Tua pun atas jalan je...ok sekian.
PesanMemesan : Doakan kami selamat pergi dan kembali ye. Moga dipermudahkan segala urusan...insha Allah.
Khamis, 30 Mei 2013
Nasib badan....
Selasa, 19 Mac 2013
No title
Lama dah tak tekan-tekan keyboard kt Chenta aku ni...cian yek! Maap la...aku sibuk sangat dengan keje...apa nak buat. Ni pun dah 3 minggu tak balik umah mak abah..alahai...
Bila cakap pasal mak abah...hmm..terngiang-ngiang suara mak abah mintak menantu & cucu!
Aduhai...tersentap aku. Dulu mak abah kias-kias je...kali ni tanya direct! Aku nak ngelak memang tak dapat le..huhuhu.
Ye aku faham hajat mak abah tu...yela umur aku ni makin meningkat...bukan nya makin muda..aku tau mak abah dah risau. Aku ni calon pun tak ade..macam mana nak bagi menantu & cucu kat mak abah aku tu??
Antara ayat sentap mak abah aku adalah :











