Sabtu, 29 Jun 2013

Senyuman itu..

Morning morning glory... :-)

Pagi yg cerah..menceriakan hariku..
kicauan burung yg merdu menerpa telingaku..
Sapaan angin sepoi-sepoi bahasa mendamaikan sanubariku...
dan kemesraan senyuman manismu...sentiasa menumbuhkan rasa cinta dihatiku dan jiwaku..
Hanya kamu....

Ok..tu ayat jiwang angin untuk hari ni..huhuhu
Bukan apa..bila hati rindu 'hatiku' memang jadi lagu tu ^__^

Cenggini citernye...kat sekolah aku sekarang ni ada cikgu praktikal.Ada lelaki ada perempuan. Lelaki 4 orang perempuan 3 orang. Tapi semua umur dorang semua bawah 24. Seoarang lelaki tu kalau senyum.....ya Allah...sebijik sedebuk macam 'dia'. Aduhai...memang buat hati aku tak keruan rindukan 'dia'. Sama sangat! Cuma beza nya mamat ni tinggi beno..kulit cerah lagi dari 'dia'. Hmm..ni dh seminggu tak jumpa mamat tu..lagi la aku rindu nak tengok dia.

Aku tak ada taruh hati pun kat mamat tu cuma aku sentiasa rasa nak tengok dia senyum..hmmm

"Ya Allah..sampaikanlah rasa rindu ku ini pada 'nya'...sesungguhnya,hanya Engkau mengerti isi hatiku..."

Isnin, 24 Jun 2013

Berdating

Hai...
Last week was my busy week..so tired..hmm.
Tapi hilang terbang semua penat bila dapat berdating dengan mereka...sangat menyenangkan hati saya...alahaiiiii....

Selasa, 18 Jun 2013

Mimpi...khayalan atau petanda??

Assalamualaikum...
Malam ni aku nak share sikit tentang mimpi. Memang la selalu mimpi tapi kadang-kadang mimpi tu aku rasa sesuatu yg nyata..tah la.

Ok kesah mimpi nye ada banyak episod..hehe.Tapi malam ni aku share the latest one la..

17hb Jun 2013
0500H
Aku pakai baju pengantin warna peach..dia pun pakai baju pengantin lelaki warna peach. Kami tengah siap2 untuk kenduri sambut menantu kat umah family dia.
Muka dia sangat tenang..macam muka orang yg kecewa tapi redha..
Dalam mimpi tu aku rasa pelik sebab tak tahu bila kami nikah tetiba dah kenduri sambut menantu. Aku dengar kakak and adik dia sembang depan aku..dorang cakap dia kecewa sangat pasangan dia buat dia macam tu..dia dah tak nak fikir pape sebab tu dia cari aku balik sebab dia kata aku je boleh terima dia seadanye...aku dengar je apa dorang cakap.tak menyampuk pape. Aku asyik fikir bila kami nikah and betul ke dia cari aku balik. Tapi aku tak bantah bila dia suruh aku pakai baju pengantin tu...pelik la.

Ok..itu la mimpi aku yg terkini. Aku terjaga and mimpi tu ter'cut' jam 5pagi. Aku yakin aku mimpi tu di antara jam 3-5pagi sebab jam 12 lebih aku terjaga tapi belom mimpi pape lagi time tu..huhu

Persoalan nye...mimpi tu kebetulan@khayalan@petanda???

Jumaat, 7 Jun 2013

Cuti holiday!

Assalamualaikum.
Wahh..lama betul tak update blog ni. Bukan apa...masa untuk berblog ni tercuri buat benda lain...hehe.
Ok, cerita nye tentang cuti sekolah.

Jumaat 24 Mei 2013 (wesak day)
Pepagi hari dah gerak ke KL. Menumpangkan diri di rumah cik Suhada kat Wangsa Maju. Ok la,selalu kalau gi KL pun memang tumpang umah dia. 3 hari 2 malam duk sana...pegi Pavillion, Festival KL, Jln TAR, Putrajaya Alamanda. Tu je..cuci mata je...

Isnin 27 Mei 2013
Rehat je kat rumah (Ipoh).

Rabu- Jumaat
Kerja....
Tapi petang Jumaat ada buat job photography untuk nikah kakak kpd kawan aku... |saya ini amatur sahaja|

Sabtu 1 Jun 2013
Kerja...tapi partime. Jurunikah...eh bukan! Jurufoto...untuk orang yang nikah semalam la. Aku klik2 untuk sanding(sampai jam 3 ptg) & outdoor (5-7.30mlm)
Penat la jugak...aku ni jarang sangat buat partime ni..bila ada permintaan je baru aku buat. Nanti aku upload kan a few of the photos.
Malam tu jugak aku gerak balik ipoh..sebab esoknye pepagi dh nk gerak pi Kedah.

Ahad 2 Jun 2013
Tepat 8.30pg aku dah gerak ke Sg. Petani Utara. Tunggu puan Najihah Ismail untuk ke majlis Puan Zowiyah di Kuala Ketil. Majlis Zowi&Saiful Azmi. Beliau sangat cantik! Syok jugak dapat jumpa kawan Ikbn yang lain...
Petang tu otw nak balik Ipoh....punya la jem ya Rabbi....dari Juru sampai Ipoh meter aku 20-40km/h je. Adoii...patutnya 2 jam jadi 5 jam lebih. Memang nak kejang kaki aku kiri kanan.

Selasa 4 Jun 2013
Lepas Asar aku gerak je Meru, Klang dgn mak  & adik aku. Pegi rumah kakak sedare sebab nya pagi esok (5 Jun) adik aku ada interview kat Shah Alam.

Hari ni (Jumaat 7 Jun 2013)
Tengah tunggu cik Zaty n abang n kak ipar dia ambil aku kat rumah sewa ni...untuk ke Sepang. Aku temankan Zaty nak hantar abang dia naik flight balik Sabah. Esok kot baru balik sini.

So..cuti aku ni sebenarnya banyak atas highway je...hahaha. Tua pun atas jalan je...ok sekian.

PesanMemesan : Doakan kami selamat pergi dan kembali ye. Moga dipermudahkan segala urusan...insha Allah.