Jumaat, 7 Jun 2013

Cuti holiday!

Assalamualaikum.
Wahh..lama betul tak update blog ni. Bukan apa...masa untuk berblog ni tercuri buat benda lain...hehe.
Ok, cerita nye tentang cuti sekolah.

Jumaat 24 Mei 2013 (wesak day)
Pepagi hari dah gerak ke KL. Menumpangkan diri di rumah cik Suhada kat Wangsa Maju. Ok la,selalu kalau gi KL pun memang tumpang umah dia. 3 hari 2 malam duk sana...pegi Pavillion, Festival KL, Jln TAR, Putrajaya Alamanda. Tu je..cuci mata je...

Isnin 27 Mei 2013
Rehat je kat rumah (Ipoh).

Rabu- Jumaat
Kerja....
Tapi petang Jumaat ada buat job photography untuk nikah kakak kpd kawan aku... |saya ini amatur sahaja|

Sabtu 1 Jun 2013
Kerja...tapi partime. Jurunikah...eh bukan! Jurufoto...untuk orang yang nikah semalam la. Aku klik2 untuk sanding(sampai jam 3 ptg) & outdoor (5-7.30mlm)
Penat la jugak...aku ni jarang sangat buat partime ni..bila ada permintaan je baru aku buat. Nanti aku upload kan a few of the photos.
Malam tu jugak aku gerak balik ipoh..sebab esoknye pepagi dh nk gerak pi Kedah.

Ahad 2 Jun 2013
Tepat 8.30pg aku dah gerak ke Sg. Petani Utara. Tunggu puan Najihah Ismail untuk ke majlis Puan Zowiyah di Kuala Ketil. Majlis Zowi&Saiful Azmi. Beliau sangat cantik! Syok jugak dapat jumpa kawan Ikbn yang lain...
Petang tu otw nak balik Ipoh....punya la jem ya Rabbi....dari Juru sampai Ipoh meter aku 20-40km/h je. Adoii...patutnya 2 jam jadi 5 jam lebih. Memang nak kejang kaki aku kiri kanan.

Selasa 4 Jun 2013
Lepas Asar aku gerak je Meru, Klang dgn mak  & adik aku. Pegi rumah kakak sedare sebab nya pagi esok (5 Jun) adik aku ada interview kat Shah Alam.

Hari ni (Jumaat 7 Jun 2013)
Tengah tunggu cik Zaty n abang n kak ipar dia ambil aku kat rumah sewa ni...untuk ke Sepang. Aku temankan Zaty nak hantar abang dia naik flight balik Sabah. Esok kot baru balik sini.

So..cuti aku ni sebenarnya banyak atas highway je...hahaha. Tua pun atas jalan je...ok sekian.

PesanMemesan : Doakan kami selamat pergi dan kembali ye. Moga dipermudahkan segala urusan...insha Allah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan