Hai.Buat ape tu..
Dah makan?
Tak keluar ke?
Hmm..tu la ayat biasa start mesej kan. Dan tu la ayat yg sama saya terima daripada beberapa orang kenalan baru. Kalau ikutkan hati..malas dah nak kenal-kenal. Tapi fikirkan masa depan ku gagahi jua.
Bila dah berkenalan,macam-macam pulak ragamnya...hadoii.
Nak tau cerita tak? Tak nak tau pun saya nak cerita jugak...huhuhu
Ok, 1st en.26
Orangnya tinggi..boleh tahan la rupa n fizikal. Care memang care..tapi dia ni masih student. Saya boleh terima. Tapi sayang..bab agama tidak dijaga.
Dan dia juga seorang perokok. Paling saya tak tahan dengan dia ni ialah dia sangat suka mendesak.. Oh man! Please la...rimas kot orang duk push.
Jadi saya anggap awak sebagai kawan je ye..
2nd, en.35
Ha dia ni kacak. Berlesung pipit kanan kiri. I like! Body builder tapi tak la berketul macam Malek Noor dulu tu. Tinggi lebih kurang saya. Kerja tetap. Aset semua dah ada. Kiranya ekonomi dia stabil la. Agama nya saya tak pasti sejauh mana dia jaga. Tapi petunjuknya dia kurang menjaga hubungan bukan muhrim (dia cuba nak pegang tangan kite, tak suke la). Lagipun dia seorang perokok tegar. Hmm..tak sayang jantung ke diaorang ni?
3rd,en.27 (fireman)
Ok, dia ni kerja tetap..kenderaan dah ada. Rupa dan fizikal biasa2 tapi not bad la. Lebih tinggi dari saya. Bab agama dia tak menonjol sangat..mungkin biasa2 jugak. Care...jygak. Bukan perokok. Tapi suka push saya dalam diam. Hmm..macam mana nak cerita pun tak tau. Pendek ceritanya..saya tak berkenan dengan cara dia.
Maafkan saya...kita kawan je ye...
4th,Mr.26
Dia ni pun kerja tetap. Ekonomi stabil. Orangnya tinggi & chubby sikit. Rupa boleh tahan,comel..hihi. Gayanya simple tapi menyenangkan hati. Pernah merokok tapi dah stop. Good!
Dan sebenarnya saya sangat suka dia kerana sebab yang satu ini.....agamanya. Dia sentiasa mengingatkan saya tentang solat. Alhamdulillah dia ni jenis yang rajin ke masjid/surau. Selama kenal dia ni (baru sebulan lbh je sebenarnya) dia tak pernah paksa saya walau apa pun. Dan dia seorang yang mengutamakan ibunya. Wah! Ni yang saya suka ni...huhu. Boleh kata dia ni calon terbaik la buat masa ni..hihihi.
Ok guys..itu dia calon2 yang terkini. Korang rasa macam mana? Hihihi..
Setiap orang tu memang ada kelemahan dan kelebihan. Kita tak akan jumpa kesempurnaan dalam diri kita mahupun orang lain. Seboleh-bolehnya memang la kita nak yang terbaik..kan! Namun Allah dah tetapkan siapa jodoh kita dan seharusnya kita terima pasangan kita tu seadanya. Ada kekurangan dia yang akan dilengkapkan oleh kita.
Rancangan Allah tu yang paling sempurna dan terbaik untuk kita. Maka kita sebagai hambaNya patut redha dan terima dengan hati yang ikhlas...betul tak?
Andai ditakdirkan jodoh aku dengan seseorang yang banyak kekurangannya...insha Allah aku terima seadanya dan sama-sama cuba memperbaiki kelemahan diri masing-masing...amin ya Rabbal 'alamin.
KataHati : Pesanan buat diri sendiri...perbaiki la kemalasan dirimu itu..hadoinya la pun!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan