Ahad, 30 November 2014

Teman

assalamualaikum
Kisah teman..
Mula berjumpa kerana kerja..
Mula mesra bila tinggal bersama..
Mula rapat saat susah dipikul bersama..
Tanpa ada rasa berkira..

Kenal mereka tidaklah lama..
Malah usia juga tidak serupa..
Ada kala terasa di jiwa..
Tapi mengapa sedih bila tahu mereka akan tiada?

Kerana rasa sayang terhadap kalian berdua....

Jumaat, 15 Ogos 2014

Tanda-tanda kematian

Tanda tanda 100 hari orang akan meninggal

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disadari oleh mereka yang dikehendakinya. Walau bagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma saja mereka sadar atau tidak. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti, kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.Tanda ini rasanya lezat dan bagi mereka yang sadar dan berdetik di hati bahwa mungkin ini adalah tanda mati, maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sadar akan kehadiran tanda ini.Bagi mereka yang tidak diberi kesadaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu saja tanpa sembarang manfaat.Bagi yang sadar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memanfaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

"TANDA 40 HARI SEBELUM MENINGGAL"

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut- denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mulai membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan- akan bingung seketika. Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

"TANDA 7 HARI SEBELUM MENINGGAL"

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan, secara tiba-tiba ia berselera untuk makan.

"TANDA 3 HARI SEBELUM MENINGGAL"

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan, maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan- lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bagian ujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan- lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

"TANDA 1 HARI SEBELUM MENINGGAL"

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang yaitu di kawasan ubun- ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

"TANDA AKHIR SEBELUM MENINGGAL"

Akan terjadi keadaan di mana kita akan merasakan sejuk di bagian pusat dan rasa itu akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah Syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula. 

Khamis, 10 Julai 2014

Amalan 1

Sebagai ingatan untuk diri sendiri dan anda juga. Jom sharing!



TAHUKAH ANDA.....

Doa duduk antara Sujud yang kita selalu baca laju2..
tahukah ...maksudnya??
Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku)
Warhamni (sayangi aku)
Wajburnii (Tutuplah aib-aibku)
Warfa’nii (Angkatlah darjatku)
Warzuqnii (Berilah aku rezeki)
Wahdinii (Berilah aku petunjuk)
Wa’Aafinii (Sihatkan aku)
Wa’fuannii (Maafkan aku)






Khamis, 24 April 2014

L E L A K I

Hai.Buat ape tu..
Dah makan?
Tak keluar ke?

Hmm..tu la ayat biasa start mesej kan. Dan tu la ayat yg sama saya terima daripada beberapa orang kenalan baru. Kalau ikutkan hati..malas dah nak kenal-kenal. Tapi fikirkan masa depan ku gagahi jua.
Bila dah berkenalan,macam-macam pulak ragamnya...hadoii.

Nak tau cerita tak? Tak nak tau pun saya nak cerita jugak...huhuhu

Ok, 1st en.26
Orangnya tinggi..boleh tahan la rupa n fizikal. Care memang care..tapi dia ni masih student. Saya boleh terima. Tapi sayang..bab agama tidak dijaga.
Dan dia juga seorang perokok. Paling saya tak tahan dengan dia ni ialah dia sangat suka mendesak.. Oh man! Please la...rimas kot orang duk push.
Jadi saya anggap awak sebagai kawan je ye..

2nd, en.35
Ha dia ni kacak. Berlesung pipit kanan kiri. I like! Body builder tapi tak la berketul macam Malek Noor dulu tu. Tinggi lebih kurang saya. Kerja tetap. Aset semua dah ada. Kiranya ekonomi dia stabil la. Agama nya saya tak pasti sejauh mana dia jaga. Tapi petunjuknya dia kurang menjaga hubungan bukan muhrim (dia cuba nak pegang tangan kite, tak suke la). Lagipun dia seorang perokok tegar. Hmm..tak sayang jantung ke diaorang ni?

3rd,en.27 (fireman)
Ok, dia ni kerja tetap..kenderaan dah ada. Rupa dan fizikal biasa2 tapi not bad la. Lebih tinggi dari saya. Bab agama dia tak menonjol sangat..mungkin biasa2 jugak. Care...jygak. Bukan perokok. Tapi suka push saya dalam diam. Hmm..macam mana nak cerita pun tak tau. Pendek ceritanya..saya tak berkenan dengan cara dia.
Maafkan saya...kita  kawan je ye...

4th,Mr.26
Dia ni pun kerja tetap. Ekonomi stabil. Orangnya tinggi & chubby sikit. Rupa boleh tahan,comel..hihi. Gayanya simple tapi menyenangkan hati. Pernah merokok tapi dah stop. Good!
Dan sebenarnya saya sangat suka dia kerana sebab yang satu ini.....agamanya. Dia sentiasa mengingatkan saya tentang solat. Alhamdulillah dia ni jenis yang rajin ke masjid/surau. Selama kenal dia ni (baru sebulan lbh je sebenarnya) dia tak pernah paksa saya walau apa pun. Dan dia seorang yang mengutamakan ibunya. Wah! Ni yang saya suka ni...huhu. Boleh kata dia ni calon terbaik la buat masa ni..hihihi.

Ok guys..itu dia calon2 yang terkini. Korang rasa macam mana? Hihihi..

Setiap orang tu memang ada kelemahan dan kelebihan. Kita tak akan jumpa kesempurnaan dalam diri kita mahupun orang lain. Seboleh-bolehnya memang la kita nak yang terbaik..kan! Namun Allah dah tetapkan siapa jodoh kita dan seharusnya kita terima pasangan kita tu seadanya. Ada kekurangan dia yang akan dilengkapkan oleh kita.

Rancangan Allah tu yang paling sempurna dan terbaik untuk kita. Maka kita sebagai hambaNya patut redha dan terima dengan hati yang ikhlas...betul tak?

Andai ditakdirkan jodoh aku dengan seseorang yang banyak kekurangannya...insha Allah aku terima seadanya dan sama-sama cuba memperbaiki kelemahan diri masing-masing...amin ya Rabbal 'alamin.

KataHati : Pesanan buat diri sendiri...perbaiki la kemalasan dirimu itu..hadoinya la pun!

Sabtu, 8 Februari 2014

Feeling

Salam.
Ok dh lama sgt tak post. Dah naik berabok chenta saya ni..alo lololoo...
Actually tak ada story pun nak share.
Life? Ok je..macam biasa..nothing special. Sibuk dengan keje and rutin harian. Kadang2 boring juga..

Kadang2..rindu...
Kadang2..sayu...
Kadang2..rasa ingin dimanja..
Kadang2..rasa ingin putar kembali masa ...

Tapi hidup tetap perlu diteruskan..
Masa tak pernah tunggu kita..
Inilah lumrah hidup manusia..
Walau apa pun yang terjadi..mahu atau tidak..kita tetap kene terima ketentuanNya..itu rukun Islam kita..qada' dan qadar...

Rabu, 22 Januari 2014

Januari 2014

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh.
Alhamdulillah kita masih bernafas dan bahagia bersama keluarga tersayang di tahun baru 2014 / 1435H ni.

Tahun sebelumnya pelbagai dugaan,cabaran dan kejayaan yg telah kita lalui. Andai ada kegagalan pada tahun 2013/1434H, jadikannya sebagai motivasi untuk kita perbaiki di tahun baru ini. Moga ia menjadi pengajaran buat diri kita. Belajar dari pengalaman adalah ilmu terbaik.

Saya juga punya azam bagi tahun baru ini. Azam tahun sebelumnya ada yg tercapai [alhamdulillah] dan ada juga yg terbengkalai[subhanallah]. Tak apa..insha Allah tahun ini saya akan cuba laksanakan apa yg saya azamkan [kena kawal 9 nafsu ni dengan 1 akal] demi masa di dunia dan akhirat...

Saya juga mengharapkan yg terbaik buat diri saya untuk tahun baru ini...
Awak awak awak....doakan saya ye :D

|hari ni dah 23hb baru nak conteng ucap2 & selamat ye|

Korang! Selamat tahun baru~ <3

Selasa, 10 Disember 2013

Dia...

Dia...bahagia...
Sudah2 la...lupakan dia. Kalau nk tunggu sampai bila? Dia tak kan kembali..sudah la..buangkan semua kenangan tu. Move on! Insha Allah kau akan jumpa yg lebih baik dari dia..percayalah.

Sabtu, 23 November 2013

I'm not in the mood

Salam...
Hm..aku tak tahu kenapa aku rasa sedih sangat malam ni sampai menangis.. Sebab Mr.Nouvo ke? Sebab lelaki ke? Atau sebab mengenang diri sendiri? Tah la..tapi rasanya lebih sebab mengenang diri sendiri ni...
Berapa kali harus begini? Bila aku cuba buka hati..cuba berkawan..ini pulak yg aku dapat..dipermainkan. Aku tak nak lagi rasa kecewa tu..tapi jadi juga. Ya Allah...aku masih diuji rupanya. Cukuplah..baik aku kunci je hati ni sampai bila2. Kita cuba tanam rasa percaya tapi dipergunakan. Kita cuba siramkan rasa kasih..tapi diracuni. Apakah makna semua ini??
ya Allah..kuatkanlah hatiku...

Sabtu, 2 November 2013

Sepi

Assalamualaikum.
Lamanya tak update chenta ni...
Kekangan masa untuk meninggalkan coretan di sini..
Ada story..tapi nanti la aku update. Buat masa ni aku just nak share some photos dengan korang...
Anak-anak saya...hehe.

Ok bai.

Ahad, 1 September 2013

Serupa tapi tak sama la...

Hey Sunday Morning!
Pagi yg mendung sejuk2 je ni..hehe.
Ok..nak story pasal hari tu. Kan saya pernah story pasal some guy yg sama sangat macam dia kan. Saya jumpa lagi satu persamaan..guy ni pun KIDAL!! Ya Allah...guy ni sangat mengingatkan saya pada dia..dah la muka nak sama, cara cakap sama, berlesung pipit pun sama..ni kidal pulak. Beza nye guy ni tinggi,kurus n cerah sikit dr dia. Dia badan sasa, tinggi sikit dari saya n kulit melayu biasa. Alahai...nasib baik guy ni dah berpunya..kalau tak saya angkat jadi adik...sebab dia lagi muda dari saya...hahaha..

KataHati: imysdm!!

Ahad, 18 Ogos 2013

Wajah

Assalamualaikum.
Straight to the point je la ye..ni kisah wajah. Ada orang kata umur saya 21,22,23 tahun..alahaiii. Biar betul dik oi. Tak kan la akak ni tak ada rupa umur 27 kot...
Hmm..sampai hari ni tak ada lagi yang teka umur saya tepat..paling hampir pun 25. Ye..saya bersyukur sangat Allah kurniakan wajah yang muda dari usia sebenar. Bukan apa..ramai yang nak kenal dengan saya,semua pangkat adik. Jarak umur 5,6 tahun beza. Maybe you know what i mean...
Ok..sampai sini saja...good night guys!

Isnin, 12 Ogos 2013

Raya raya raya!

Salam lebaran...
Dikesempatan ini saya menyusun 10 jari memohon seribu kemaafan atas segala salah dan silap yg saya telah lakukan dgn sengaja atau tidak, secara sedar atau tidak selama kita berkenalan... (walaupun tak ada siapa yg baca blog aku ni huhuhu).
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN~

Ok,ucapan ringkas dr saya...huhu.
Bila time raya ni  lepaking bersama keluarga dan saudara mara...biasa lah,soalan favourite..."bila lagi nak kawin..".."kenapa kurus sangat ni?sakit ke?tak ada selera makan ke?" Dan tadi paj ngah saya 'tembak' saya dgn soalan.... "kurus sebab pendam hati ye..." aduss...tepat sekali tembakan itu. Apa nak jawab?saya senyum sajalah :-]

Hmm...entah la. Saya memang seorang yg tinggi metabolisma..cepat turun berat tapi susah nak tambah berat.Kalau tambah pun kene menten belasah makan 2 bulan..baru la naik, itu pun 2/3kg je. Bila saya aktifkan badan sampai berpeluh or tak makan nasi 2 hari je,saya boleh hilang 4-5kg berat badan. Hohoho...orang kata untung la slim sentiasa. Padahal dalam hati saya ni punya lah risau takut kene sakit anorexia..ya Allah, mintak simpang le.

Yg pasti orang tu la punca saya jadi begini...

Khamis, 8 Ogos 2013

Salam Aidilfitri

Tarikh - 1 Syawal 1434H
Masa - 00:43

Selamat Hari Raya Aidilfitri!!
Maaf zahir dan batin....
Sedar tak sedar kita dah pun habis sebulan berpuasa. Kejap sangat rasanya kan. Masa semakin pantas bergerak..Selama tempoh masa ni, mungkin saya ada terkasar bahasa atau perbuatan kepada orang2 di sekeliling saya..keluarga, teman2 rapat, rakan2 sekerja kini, kawan2 dari zaman sekolah rendah-menengah, kawan2 IKBN, UNISEL, rakan kerja di Alfa Book, The Store, Terajutama serta semua kawan2 yang mengenali diri saya dari Utara hingga ke Selatan tanah air serta Sabah dan Sarawak samada di alam realiti atau alam siber (FB, Tagged, Myspace, Friendster, Twitter, Line, WeChat,WhatsApp, Instragram etc.) -tak sangka aku ramai kawan rupanya huhuhu-

Mungkin saya pernah TERkasar bahasa pada kalian, TERguris hati perasaan kalian, TERambil atau TERmakan milik kalian, TERignore kalian tanpa saya sedari ( kawan2 alam siber le). Saya mohon seribu kemaafan atas segala kekhilafan diri selama kalian mengenai saya....

Saya sangat memohon ampun dan maaf...saya juga wanita biasa seperti kalian...
Selamat hari raya Aidilfitri.. (^___^)

Isnin, 5 Ogos 2013

Minpi petang-petang hari

Salam ramadhan...
Hari ni dh 26 Ramadhan..insha Allah 2 hari lagi dah Syawal. Cepat sungguh masa berlalu kan. Amalan aku di bulan mulia ni masih kurang sangat rasanya. Moga Syawal tahun ni lebih bermakna ..

Ok, back to the story. Tengok title entri pun dah tau kan. Iye...kesahnya aku terrrrtidur petang tadi. Dan terrrmimpi.... Mimpi tu macam kalut sikit...dalam suasana yang kelam kabut tu, tiba-tiba datang seorang jurukamera --biasa je orangnya-- yang diminati ramai. Heran jugak..apasal mamat ni ramai peminat?? Padahal tak hensem pun..Tiba-tiba dia senyum kat aku dan....terlihat lah aku akan lesung pipitnya yang dalam di sebelah kiri pipinya.. --macam sama je dgn aku-- cute jugak la  Kalau aku pandai lukis..memang aku dah lukis rupa mamat tu...huhu. Suka...saya suka saya suka!

Ok itu je citanya...ok good night guys..

Ahad, 28 Julai 2013

Adik-adik...

Good night everybody!

Op3...jangan tido lagi..saya baru je nak tekan2 keyboard ni tau...Good night la sebab memang dah night sangat ni...hehehe!

Saya nak story sikit pasal adik-adik yang saya kenal...
Lately saya ada la kenal beberapa orang lelaki tapi semua pangkat adik-adik je...umur baru 19, 21,22...
Ada yang student ada yang dah kerja..sorang orang Kedah, 2 orang lagi memang orang Perak..character memang tak sama langsung diorang ni. Satu benda je yang sama... diaorang suka pesan kat saya macam ni..
"Good nite kak...jangan lupa basuh kaki, baca doa tido ok".
Hey..akak ni dah 27 tau...bukan 7 tahun! Pelik sungguh dengan adik-adik ni tau...suka betul pesan saya macam tu. Mesti diaorang ni anggap saya lagi muda dari diaorang..hishh tak patut betul tau.

Lepas tu suka macam nak marah bila saya cakap, "nanti akak makan.nak buat kerja jap". Diaorang mula la balas, "kak pegi makan sekarang". Ishh,siapa adik siapa kakak sekarang ni? Suka betul layan saya macam budak kecil..Sabo je la adik-adik ni...

TERFIKIR : Saya ni nampak macam budak-budak ke??

Isnin, 22 Julai 2013

Talking

Hi there,
Everybody love to talk..they talk all things that they like to tell out..talk about their life, interest, day activities and more. Sometimes they talk about people around them..good things and bad things...more and more..hurmm.

Hey guys..don't you feel tired to talk and talk again?? When will you stop to talk about useless things?

Now, silent and think. What a good speech i've told to others? Am I hurts someone else when I keep talking? Are they like to listen what i'm talking about?

Think about it.  Think before you talking...

Sometimes...quite is the best way for our self.
Sometimes...there's something that  no need to tell.

Salam Ramadhan al-mubarak :)

Khamis, 18 Julai 2013

Kebetulan atau petanda??

Salam Ramadhan almubarak!
Hari ni dh masuk 9 Ramadhan 1434H.
Tapi saya awal2 dah dapat ABC...hehehe..
Ok..sebenarnya saya pelik. Selalu terjadi dan saya selalu fikirkannya.

Jam 23:07 tadi saya tengah leka buat kerja tiba2 rasa kecut perut..nerves semacam. 'Apasal pula ni...haishh...takkan la kot....'

Jam 23:17 saya terima call dari dia...tapi saya tak sempat nak jawab  sudahnya kami msg je.. See..dah kata dah...mesti sebab dia.

Macam tu la tiap kali sebelum dia call or text me..  Kebetulan ke? Atau memang petanda Allah macam tu??
Tah la...saya memang tau kenapa...

KataHati : See...dah start rindu dia lagi...hmmm

Sabtu, 6 Julai 2013

Seadanya....

Assalamualaikum dan selamat pagi!
Pagi ceria bagi aku hari ni sebab bangun pagi kt umah mak abah..huhuhu lama sangat rasanya tak bercuti kat umah mak abah.
Ok..jap lagi nak masak ketam lemak cili padi, sambal tumis udang and sotong goreng tepung..haa..ni semua hasil laut Pangkor. Hehehe tak rugi jugak la seminggu aku keje kat Pangkor nun.. ^___^

Ok tu satu cerita. Ni satu lagi story.
Aku ada la seorang adik angkat ni [tak declair pun as adk angkat sebenarnya]. Umurnya 22 tahun keje kat kedai jam. Kenal pun kat wechat je. Tapi macam mana tah kami boleh jadi rapat. Aku memang anggap dia adik je dari mula lagi. Orangnya boleh tahan la..kawan2 aku cakap dia hensem sangat..tapi aku tengok biasa je la. Aku selalu jugak la keluar makan dengan adik aku ni dan selalunya aku pakai simple je la.
One day nak keluar dengan adik ni, roomate aku tegur aku suruh aku pakai cantik2,make up nak keluar. Dia cakap biar orang terpikat.
Hmm..bukan aku tak boleh  berhias tapi tak nak. Sebab aku nak cari orang yang boleh terima diri aku seadanya. Diri aku yang ori tanpa selindung apa2. Kalau orang tak boleh terima aku yang sekarang, macam mana dia nak terima aku yang dulu? Yang lagi teruk dari sekarang.
Kalau betul ikhlas nak aku mesti orang tu tak kisah rupa aku macam mana...kan.
Ada masa aku berhias la jugak..tapi rasanya sama je kot aku make up ke tak..huhuhu...

Wahai adam2 di luar sana..pandanglah wanita itu dari 4 perkara:
1) Agamanya
2) Keluarganya
3) Hartanya
4) Rupa parasnya

PesanMemesan : Aku wanita biasa...

Rabu, 3 Julai 2013

Bergelora

Hi there!

Hari ni dh 3 hari aku ulang alik gi keje naik feri...seminggu ni je aku ke pulau gantikan orang yg cuti bersalin..
Ok la kat sana. Not bad..yg bestnya aku dapat beli ikan fresh! Huishh geram betol tengok ikan udang ketam nya...rasa nak beli semua..huhu..
Environment pun nyaman je..orang2 kt sana pun tak ada la sombong..the 'client' pun sweet2 je..
Cuma...seminggu ni terpakse la bangun awal subuh 5pagi...huhu.sebab feri gerak 7.15 tp before 7 nak kene standby dh..takut berebut plak..weh...ingat LRT KTM MONOREL je ke org rebut...feri pun tau.

Ape pun semua ni kerana tugas..jalankan tanggugjawab babe! :-D

Sabtu, 29 Jun 2013

Senyuman itu..

Morning morning glory... :-)

Pagi yg cerah..menceriakan hariku..
kicauan burung yg merdu menerpa telingaku..
Sapaan angin sepoi-sepoi bahasa mendamaikan sanubariku...
dan kemesraan senyuman manismu...sentiasa menumbuhkan rasa cinta dihatiku dan jiwaku..
Hanya kamu....

Ok..tu ayat jiwang angin untuk hari ni..huhuhu
Bukan apa..bila hati rindu 'hatiku' memang jadi lagu tu ^__^

Cenggini citernye...kat sekolah aku sekarang ni ada cikgu praktikal.Ada lelaki ada perempuan. Lelaki 4 orang perempuan 3 orang. Tapi semua umur dorang semua bawah 24. Seoarang lelaki tu kalau senyum.....ya Allah...sebijik sedebuk macam 'dia'. Aduhai...memang buat hati aku tak keruan rindukan 'dia'. Sama sangat! Cuma beza nya mamat ni tinggi beno..kulit cerah lagi dari 'dia'. Hmm..ni dh seminggu tak jumpa mamat tu..lagi la aku rindu nak tengok dia.

Aku tak ada taruh hati pun kat mamat tu cuma aku sentiasa rasa nak tengok dia senyum..hmmm

"Ya Allah..sampaikanlah rasa rindu ku ini pada 'nya'...sesungguhnya,hanya Engkau mengerti isi hatiku..."