Hai..lame sangat dah tak update blog saya ni. Sejak dah keje ni,masa terluang makin terhad. Bila ada masa free sikit,mestilah nak luang bersama family pulak kan.Makanya,masa untuk blog ni memang tak ada..alahai...cian Chenta saya ni..aloh aloh alohhh....!
Ok hari ni rasa macam free sikit.Sebenarnya dua tiga hari ni hati ni asyik tergerak nak tulis kat blog ni. Rindu le tu
Ok lah saya direct to the story mory ye...
Saya nak cakap pasal jim wau dal wau ha...hehehe JODOH la...
Sekarang ni kan musim kenduri kendara majlis kahwin..saya ni kerap jugak lah menghadirkan diri ke majlis kahwin-kahwin ni..soalan yang wajib saya jawab tiap kali ke majlis kahwin ni semestinya "ko bila pulak nak kahwin?" Aisey...lemah semangat den. ni yang buat den raso maleh dah nak poie majlis kahwin2 ni...ha.kocik ati den tau. Almaklum la...kengkawan sebaya semua pakat dah kahwin..tinggal berapa kerat je lagi yang masih single like me..hehe..tu pun dengar2 cerita their turn coming next year aiseymen....macam mana saya nak jawab ye..sebab jodoh saya tu saya pun tak tau siapa,bila & di mana...cuma yang pastinya jodoh saya tu seorang lelaki...huahahaha!
Kadang-kadang terfikir jugak...siapa la IMAM saya tu ye. Saya ni tulang rusuk kiri siapa agaknya ye..kan senang kalau kita boleh nampak jodoh kita tu tertulis kat dahi dia kan...ermm..pastu rasa berdosa..mempersoalkan rahsia Allah yang satu ni..Astaghfirullah hal'azim....
Dulu selalu berangan saya jumpa bakal hubby saya dengan cara :
1. Bertembung / terlanggar secara tak sengaja kat selekoh bangunan..pastu berkenalan,kawan-kawan,bercinta sekejap then berkahwin...simple kan?
2. Ada orang admire kat saya sama ada zaman sekolah, zaman study U atau zaman dah keje ni..huhu
3. Berjumpa dengan seseorang yang sangat gentleman...terlihat saya di suatu tempat then terus melamar saya untuk menjadi isteri beliau...wah2...ada ke macam ni??
4. Berkenalan macam cerita dalam novel..hahaha yang ni memang sangat2 berangan lah saya ni. dalam novel kan selalunya lelaki kacak bergaya,kaya & penyayang gila
Hehe..nama pun berangan kan..satu pun dari angan2 saya tu tak pernah terjadi..
Dulu bila orang tanya, "ko tak ade boyfriend ke?". Saya jawab jujur..."tak ada".
Dan orang tanya lagi "ko tak nak ada boyfriend ke?". Saya mesti jawab, "Sebolehnya aku mahu cinta pertama aku itu menjadi suami aku yang sah".
Tapi apa kan daya..cinta pertama saya tak kesampaian seperti yang saya ingin kan...
Bak kata seorang sahabat saya... "Manusia merancang dengan cita-cita tetapi Allah merancang dengan cintaNya".
Madahnya,cinta pertama itu memang susah nak dilupakan..malah menyakitkan bila dikenang..tetapi itulah kenangan terindah yang pernah hadir dalam hidup kita....kan.
Ok, itu masa lalu saya..untuk masa depan......
Haa...inilah saya mahukan...wahai bakal suamiku...can u answer my question? Insya Allah 'dia' akan hadir jua suatu hari nanti... Emak,abah...sabar ye.Bakal menantu mak abah on the way nak jadi imam saya..dia tengah tambah ilmu to be imam tu...insya Allah... ^__^


Tiada ulasan:
Catat Ulasan