Khamis, 27 Disember 2012

Rahsia

Selamat Pagi Malaysia!

Hari ni bangun awal...padahal semalam tido lewat jam 1.30 pagi. Haiii...makin lebam la mata saya ni.
Ok, pagi ni saya nak cakap pasal RAHSIA.
Sound so crucial,right? Memang pun...
"Weh, ko nak tau tak..si meon tu kentut masam lepas makan tadi wo. Ko jangan story kat sape2 tau...ni rahsia".
Boleh dikira rahsia ke untuk perkara macam tu? Rasa macam susah plak nak simpan rahsia jenis gitu

Kadang-kadang ada perkara yang orang ceritakan pada kita dan diminta untuk kita merahsiakan. Kadang-kadang orang secara tak sengaja telah menceritakan sesuatu yang rahsia tapi tak diminta untuk dirahsiakan..apabila tiba waktunya kita terpaksa merahsiakannya.

Haiii...susah betul rasanya nak simpan rahsia ni. nak2 pulak rahsia tu dah sampai jadi perkara penting.
Macam mana ni...kalau buat senyap je,macam bersubahat la pulak. Kalau hebahkan,jadi musuh la pulak.
Haishh...tak pasal-pasal kene rahsiakan perkara ni. Tak suka tak suka!

: (

PesanMemesan : Kalau tak buat salah mesti tak ada nya nak rasa bersalah ye dak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan